Pasport Umrah Kena Valid Tempoh 6 Bulan Dari Tarikh Menunaikan Umrah
Rupa-rupanya pasport aku tak cukup beberapa hari ja menjadikan valid bg tempoh 6 bulan. Huhuhu...aku kena buat pasport lagiiiiii. Aku pun satu pergi pos jugak pasport kepada agen, dah aku wassap pic muka depan pasport kpd wakil Wira Saujana Travel, Emi makanya tanggapan aku ok la kan. Nah, hari aku pos pada Jumaat 12/5/2016 tu wakil agen yg lain, Su call aku dgn suara kelam kabut "Kak, dah pos ke pasport? Pasport kak xcukup tempoh 6 bulan tu"..nyaring suaranya di telefon. Jawapan balas aku "laaaa..kak ingat ok dah wassap kat Emi hr tu tak pulak dia kata apa2 pun"...Su"macam mana ni kak? Su kena tunggu dulu pasport kak sampai & pikir nk bagi kpd kak untuk renew papsort. Kena cepat kak, visa umrah kalau bulan Ramadhan ni limited". Aku yg gundah jugak tapi masih coooooolllllll.....(dalam hati aku..awat masa aku renew pasport masa di Sabah, tak payah bawak pun yang lama?)
Esoknya, aku fikir, nak check tracking code dokumen tu dah sampai masa kat online tracking Pos Laju. Gerammmmmnya, xder apa. Aku call poslaju 1-300-300-300, busy pulak line...tunggu jugak. Bari dpt ckp dgn operator, bagi code & jawabnya barang masih di Putrajaya. OMG! Ok takpa, permintaan aku xpayah pos ke agen, hold ja di Putrajaya. Poslaju kata kena ambik Poslaju Presint 3 pada 14/5/2016 (Sabtu) buka separuh hari ja. Encik Suami saya pergi, rupanya kena ambik di Poslaju Seksyen 3, Bangi. Abang pergi dgn 2 org anak (Najah & Amin yang mesti ada karenah kena sabar). Sampai di sana, Poslaju kata kena ambik di Poslaju Warta Bangi...aku dh terima wassap abg yg ada keluhan disitu. Mama ni reply kpd abg, kalau hantar anak balik dulu, tak sempat dah nak ambik sbb hari ini separuh hari. Pasport berjaya diambil balik....
Aku masih dlm MC tapi abg ajak juga keluar breakfast dgn dia. Aku pun ingat nk juga renew siap2 pasport di Hentian Kajang. Jam 7.30 pagi, breakfast di Presint 9, jam 945 pagi sampai di Hentian Kajang. Tertulis notis di kaunter nombor giliran "Nombor giliran hari ini sudah habis"...Apa? Kecewa la aku. Aku bernasib baik, ada sahabat kerja di Imigresen di negeri lain, aku tak berani nk complaint tapi aku katakan yg masih MC boleh ka nk minta tolong. Dia usahakan telefon pegawai disitu, rupanya nombor giliran dihadkan sbb Imigresen nk upgrade pasport baru. dalam hati aku.."berbaiksangka la, jgn dok buruk sangka kat org"....dia juga tolong aku, esok aku akan dibantu Pegawai Imigresen untuk dapatkan laluan VIP (konon) untuk renew esok...dalam hati ( Allah bagi kemudahan lain pulak)...
Esok aku sambung.....sbb aku nk p buat renew di Imigresen, Putrajaya..lagipun dh maghrib. Dok hambat anak p surau solat.....